Microsoft Dedahkan Main Lagu Janet Jackson Boleh Rosakkan Laptop

Janet Damita Jo Jackson ialah seorang penyanyi, penari profesional dan pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau cukup dikenali dengan lagu-lagunya yang rancak serta persembahan lincah sehingga menjadi antara artis muzik paling laris sepanjang zaman dengan sebanyak 100 juta rakaman yang dijual.

microsoft dedahkan main lagu janet jackson boleh rosakkan laptop

Tahukah anda, terdapat satu lagu Janet Jackson yang dilaporkan boleh menyebabkan komputer riba menjadi rosak secara tiba-tiba.

 

Perkara itu didedahkan oleh seorang jurutera peranti Microsoft, Raymond Chen yang berkongsi kisah aneh terhadap peranti kesan daripada lagu Janet Jackson ini.

“Ramai pembekal mendakwa dengan memainkan lagu Janet Jackson berjudul ‘Rhythm Nation’ ia akan menyebabkan beberapa model komputer riba menjadi rosak,” ujar Chen dalam satu kenyataan.

 

Lebih aneh lagi apabila komputer riba berdekatan juga turut akan rosak jika lagu Rhythm Nation ini dimainkan daripada komputer riba lain.

 

Hasil kajian dan pemerhatian mendapati lagu tersebut mempunyai frekuensi resonans semula jadi untuk model pemacu keras komputer riba 5400 rpm yang dipasang pada sesetengah jenis komputer riba bergetar. Disebabkan itu, ia menyebabkan komputer riba tiba-tiba menjadi rosak apabila diperdengarkan lagu nyanyian Janet Jackson ini.

 

Fenomena ini sama dengan nyanyian seorang penyanyi opera yang mampu memecahkan gelas kaca jika ia sampai pada satu-satu tone.

 

Antara komputer riba yang terjejas dengan lagu Janet Jackson ini adalah model yang dikeluarkan oleh kebanyakkan pembekal pada tahun 2005.

 

Sumber: Sky News