Gagal Tangkap Dengan Baik, Kunci Kereta Melekat Pada Wajah Lepas Minta Rakan Baling

Seorang wanita berdepan detik mengerikan dalam hidup apabila kunci keretanya melekat pada wajah selepas gagal menangkap kemas balingan yang dibuat rakannya.

gagal tangkap dengan baik, kunci kereta melekat pada wajah lepas minta rakan baling

Kejadian berlaku di Sudbury, Kanada selepas wanita berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Renee Lariviere meminta rakannya membaling kunci kereta yang lupa diambil beliau semasa keluar dari rumah.

 

Renee sepatutnya dengan mudah menyambut kunci yang dibaling rakannya namun entah bagaimana dia gagal melakukan itu malah bahagian besi pada kunci keretanya menusuk pada wajah.

gagal tangkap dengan baik, kunci kereta melekat pada wajah lepas minta rakan baling

Beliau berasa sakit dan panik apabila melihat pada cermin kunci keretanya tertusuk tepat pada bahagian bawah mata.

 

Renee kemudiannya dikejarkan ke hospital dan segera menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kunci tersebut.

gagal tangkap dengan baik, kunci kereta melekat pada wajah lepas minta rakan baling

gagal tangkap dengan baik, kunci kereta melekat pada wajah lepas minta rakan baling

“Doktor daripada pelbagai jabatan datang melihat saya kerana mereka seakan tidak percaya ia boleh berlaku.

“Ada antara doktor itu yang meminta kebenaran untuk mengambil gambar saya bagi berkongsi kepada pelajarnya bahawa segalanya boleh terjadi,” kata Renee.

 

@renee.lariviere Story time!! Sorry everyone for the wait, I uploaded twice with photos and tik tok removed both. #storytime #greenscreen #foryoupage #truestory #foryoupageofficiall #key ♬ Aesthetic - Gaspar

 

Renee turut berkongsi kisah tragis ini menerusi Facebook dan Tiktok, hinggakan tular dalam kalangan pengguna media sosial.

 

Sumber: Oddity Central