Inilah Kuda Yang Buat Pengulas Menangis, Sumomomomomomomomo Si Kuda Lumba

Lumba kuda ialah sukan menunggang kuda yang telah diamalkan selama berabad-abad. Setiap perlumbaan kuda akan dilengkapkan bersama pengulas yang akan bercakap mengenai perlumbaan itu sepenuhnya.

 

Namun terdapat seekor kuda di Jepun yang menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pengulas sukan lumba kuda ini iaitu Sumomomomomomomomo.

inilah kuda yang buat pengulas menangis, sumomomomomomomomo si kuda lumba

Kuda yang baru sahaja menjulang kejuaraan pertama dalam 12 perlumbaan di Tokyo Oi beberapa minggu lalu telah mencuri perhatian ramai di media sosial Jepun. Mana tidaknya, namanya sahaja telah membuatkan ramai terbelit lidah untuk menyebut, apatah lagi pada pengulas sukan tersebut yang perlu menyebutnya dengan pantas dan tepat.

inilah kuda yang buat pengulas menangis, sumomomomomomomomo si kuda lumba

Menurut laporan, sebutan yang betul bagi kuda ini adalah “Sumomo mo momo, momo mo momo, sumomo mo momo mo momo no uchi” yang membawa maksud "Plum adalah pic, dan pic adalah pic, dan plum dan pic adalah kedua-dua jenis pic."

Kini, Sumomomomomomomomo menjadi terkenal dan pelbagai barangan cenderamata mengenainya dijual sama ada diluar litar lumba mahupun secara atas talian.

 

Cuba anda sebut Sumomomomomomomomo dengan satu nafas!

 

Sumber: [1]