Kucing Peliharaan Ini Tergila-Gilakan Baju Bau Peluh Tuannya Sendiri

Kucing peliharaan telah menjadi satu daripada haiwan kesayangan yang popular dalam kalangan masyarakat. Telatah dan kecomelan mereka menjadikan kucing sebagai rakan setia yang memberikan kebahagiaan kepada pemiliknya.

 

Menerusi video yang tular di Tiktok, seekor kucing peliharaan dilihat menjadi tidak keruan apabila diberikan baju sukan milik tuannya yang berbau peluh, dan tidak mengendahkan pakaian lain.

pelik, kucing peliharaan tergila-gila baju bau peluh tuannya sendiri

Menurut pemilik kucing bernama Oli, Nadiatul Akmal, 30, berkata, kucingnya itu sering menghampiri suaminya apabila dia baru pulang daripada bersukan untuk bermanja-manja.

 

Ujarnya, Oli, kucing campuran baka Parsi itu akan ‘naik sheikh’ dengan baju yang berpeluh dan masam, namun tidak pula berkelakuan seperti itu pada pakaian lain.

 

 

@aidaneusofff Lagi kepam lagi bagus 😂 #fyp #cat ♬ original sound - Nadiamdyusof

 

 

"Kami biasa dengar kucing ketagih dengan catnip (bahan penggalak untuk kucing) tapi untuk Oli ni lain pula, kena bau peluh baru dia mabuk. Kami pernah bagi Oli makan catnip, tapi dia boleh makan sikit je sebab dia rasa catnip tu kotor.

"Memilih betul Oli ni, tapi logik la sebab Oli ni kucing cantik, nak berkawan dengan orang pun memilih dan tak hairan sangat kalau orang tegur dia," kata Nadia.

pelik, kucing peliharaan tergila-gila baju bau peluh tuannya sendiri

Tambah Nadia lagi, kucingnya itu juga mempunyai tabiat unik iaitu sering mengejutkannya dan suami untuk menunaikan solat Subuh.

 

Video telatah Oli telah mendapat perhatian ramai di Tiktok dengan ribuan tontonan serta komen daripada warganet.

 

Sumber: Tiktok @aidaneusofff / mStar