Kucing milik penyanyi terkenal, Taylor Swift menjadi antara kucing paling kaya di dunia dengan nilai kekayaannya kini bernilai AS$97 juta (kira-kira RM426.2 juta).
Kucing bernama Olivia Benson itu mempunyai kekayaannya sendiri dengan membintangi beberapa muzik video bersama Swift.
Malah, Olivia yang juga baka Scottish Fold turut mempunyai barisan cenderahati dan juga muncul sebagai kameo dalam banyak iklan yang berbajet besar, lapor majalah Business Today.
Olivia yang mula dijaga dan dibela Swift pada 2014 adalah kucing ketiga miliknya, selepas dua kucing sebelum itu bernama Meredith Grey dan Benjamin Button.
Meskipun mempunyai harta kekayaan jutaan ringgit, Olivia bukanlah haiwan peliharaan terkaya di dunia. Ia selepas seekor anjing baka German Shepherd iaitu Gunther VI milik Gunther Corporation menjadi haiwan peliharaan paling kaya di dunia ketika ini.
Seekor kucing bernama Nala pula menjadi haiwan kedua terkaya di dunia dengan harta nilai bersih AS$100 juta (RM439.4 juta).
Sumber: Kosmo!