Unik, Kucing Ini Ketagih Tonton K-drama, Kartun Cocomelon

Apakah tabiat kucing anda yang paling unik?

 

Jika ada, ia mungkin tidak dapat menandingi tabiat unik seekor kucing peliharaan wanita dari Indonesia ini kerana ia gemar menonton rancangan pada peranti sehingga menjadi satu ketagihan.

unik, kucing ini ketagih tonton k-drama, kartun cocomelon

Menerusi hantaran di Twitter, wanita itu berkata haiwan peliharaannya itu gemar menonton rancangan seperti drama Korea dan juga kartun Cocomelon pada peranti mudah alih miliknya.

 

“Adakah anak bulu (kucing) anda semua ketagih menonton drama?” tulis wanita tersebut dalam hantarannya.

unik, kucing ini ketagih tonton k-drama, kartun cocomelon

Malah menurutnya, kucingnya itu akan mengamuk seperti anak kecil jika kehendaknya untuk menonton tidak dipenuhi.

unik, kucing ini ketagih tonton k-drama, kartun cocomelon

Beberapa gambar turut menunjukkan kucing itu sedang menonton drama Korea dan juga animasi kartun Cocomelon menerusi tablet. Gayanya juga amat tenang dan fokus menonton rancangan terbabit.

 

Perkongsian wanita itu menjadi tular dan ramai pengguna terhibur melihat aksi bersahaja kucing itu.

 

Sumber: [1]