Seakan tidak percaya, namun itu yang benar-benar terjadi kepada pemilik kucing ini yang menemui semula kucingnya selepas hilang kira-kira 7 tahun lalu.
Lebih menakjubkan, kucing yang dikenali sebagai Ebi ditemui semula pada 2,000 batu dari tempat dia dijumpai.
Pemilik Ebi, Joe dan Leanna Drnec mula memelihara Ebi pada 2015 ketika mereka tinggal di California. Ebi juga dipasangkan mikrocip bagi menandakan ia adalah milik mereka.
“Ebi telah dipasangkan mikrocip. Bagaimanapun selepas berpindah beberapa kali, haiwan kesayangan kami ini hilang.
“Kami benar-benar berharap dan berdoa agar dia mendapat rumah yang baik,” kata Joe.
Bagaimanapun selepas sekian lama, Joe menerima panggilan daripada pusat perlindungan haiwan awam di Lembah Jurupa memaklumkan Ebi ditemui di lokasi terakhir dia melihatnya.
Menurut Ketua Perkhidmatan Haiwan Riverside Country, John Welsh berkata haiwan itu diserahkan di tempat perlindungan kerana sesat, dan imbasan cip mikronya juga telah membawa kucing ini kepada pemiliknya.
Ekoran itu, kucing ini dibawa lebih 2,000 batu ke Knoxville untuk bertemu Joe dan Drnecs.
Sumber: [1]