Seekor kucing dari Rusia telah mengejutkan orang ramai kerana mempunyai saiz gergasi hingga hampir menyamai ketinggian seorang budak berusia dua tahun.
Kucing baka Maine Coon yang diberi nama Kefir adalah milik seorang wanita, Yulia Minina, mempunyai saiz badan cukup besar sehinggakan ada yang menyangka ia adalah seekor anjing.
Meskipun ia mempunyai saiz gergasi, ia adalah kucing yang baik dan sangat mesra dengan orang sekelilingnya.
Satu video terbaru Kefir telah dikongsikan pemiliknya di Instagram, membuatkan ramai kagum dengan saiznya yang sangat besar bagaikan saiz seekor anjing dewasa.
Sumber: Daily Star / @yuliyamnn