Ramai Tak Tahu, Kucing Pun Boleh Stress Hingga Perlu Makan Ubat Anti-Depressant!

Kucing adalah haiwan kesayangan yang popular dalam kalangan masyarakat. Ia merupakan haiwan yang mempunyai ciri-ciri unik seperti lembut, comel, cerdik, dan manja.

ramai tak tahu, kucing pun boleh stress hingga perlu makan ubat anti-depressant!

Walau bagaimanapun, seperti manusia, kucing juga menghadapi pelbagai masalah termasuk tekanan dan stres dalam kehidupan harian mereka.

 

Menerusi hantaran di Twitter, seorang pemilik kucing yang dikenali sebagai Dina, tidak menyangka kucingnya boleh mengalami tekanan dan kemurungan, sehinggakan ia perlu mengambil ubat anti depression dari sebuah klinik haiwan.

 

 

Kucing jenis British Shorthair yang dikenali sebagai Luna pada mulanya dilihat susut berat badan serta kurang aktif, hingga memaksa beliau membawanya ke klinik haiwan.

 

Doktor yang memeriksa kucingnya itu mengesahkan penurunan berat badan ketara itu adalah disebabkan stress.

 

Menurut doktor, simptom stress pada kucing boleh dilihat apabila banyak bulu gugur dan perubahan emosi serta tingkah laku haiwan berkenaan.

 

 

Justeru, bagi merawat Luna, doktor menasihatkan pemiliknya untuk membawa kucing itu bersiar-siar, selain mencadangkan pemiliknya untuk membela seekor lagi kucing bagi menemani haiwan berkenaan di rumah.

 

 

Hantaran di Twitter itu telah mencuri perhatian ramai warganet yang seakan tidak percaya kucing juga boleh mengalami tekanan, meskipun makan, minum dan tempat tinggal telah disediakan pemiliknya.

 

Sumber: Twitter / Tiktok