Akibat Terdengar Bunyi Tangisan, Kubur Bayi Digali Semula

Gara-gara terdengar bunyi seperti tangisan, kubur bayi lelaki yang dikebumikan selama empat hari akhirnya terpaksa digali semula.

akibat terdengar bunyi tangisan, kubur bayi digali semula

Kejadian dilapor berlaku di tanah perkuburan di Protección, Honduras selepas bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia akibat demam teruk pada 10 September lalu dan dikebumikan pada hari yang sama.

 

Namun, seorang pejalan kaki didakwa mendengar bunyi tangisan apabila melalui kawasan perkuburan itu beberapa hari kemudian.

akibat terdengar bunyi tangisan, kubur bayi digali semula

Keadaan menjadi kecoh dengan ramai yang percaya bayi itu ditanam hidup-hidup, hingga memaksa mereka memberitahu keluarga mangsa mengenai apa yang didengari.

 

Pihak keluarga yang berharap sedikit keajaiban terjadi kemudian memutuskan untuk menggali semula kubur bayi itu untuk memeriksa keadaannya.

akibat terdengar bunyi tangisan, kubur bayi digali semula

Menerusi rakaman yang tular, dua ahli keluarga dilihat berdoa supaya tanda bayi itu masih hidup selepas dikeluarkan dari kuburnya.

 

Selepas mayat bayi itu dikeluarkan, seorang ahli keluarga dilihat cuba menggerakkan bayi berkenaan, malangnya tiada sebarang tindak balas dapat dilihat.

 

Doktor turut mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan ia perlu dikebumikan semula.

 

Sumber: Mirror