Kecoh! Konduktor Bas Pengsan Lepas Terhidu Bau Durian Dibawa Penumpang

Baru-baru ini, seorang konduktor bas telah dilapor tidak sedarkan diri selepas seorang penumpang membawa buah durian ke dalam kenderaan tersebut.

kecoh! konduktor bas pengsan lepas terhidu bau durian dibawa penumpang

Kejadian yang dilapor berlaku di Thailand itu menunjukkan konduktor bas berkenaan sedang berbaring atas tempat duduk penumpang dalam keadaan pitam, sambil dikelilngi oleh penumpang lain yang berada dalam bas itu.

 

Perkara itu dikongsi seorang wanita yang dikenali sebagai Kussama Srisong menerusi Facebook menjelaskan bahawa beliau mempunyai alahah terhadap buah durian.

 

Bau durian yang sangat kuat telah menyebabkan Kussama mengalami sesak dada hingga menyebabkan dia sukar bernafas dengan baik, sebelum didapati pengsan tidak sedarkan diri.

kecoh! konduktor bas pengsan lepas terhidu bau durian dibawa penumpang

Disebabkan insiden itu, kesemua penumpang bas mengalami kelewatan ke destinasi yang dituju.

 

Sumber: Mothership