Kes Robot Pembersih Vakum ‘Larikan Diri’ Dari Hotel Tular

Sebuah robot pembersih vakum dikatakan telah ‘melarikan diri’ dari sebuah hotel selepas berjaya melepasi pintu penghadangnya.

kes robot pembersih vakum ‘larikan diri’ dari hotel tular

Mesin pembersih milik hotel Orchard Park Travelodge di bandar Cambdrige itu dilaporkan telah hilang sejak minggu lalu.

 

Perkara itu dikongsikan pengurus hotel, Simon menerusi aplikasi sosial, Reddit.

 

“Hei! Saya bekerja di Travelodge dan hari ini, saya perasan salah satu daripada robot pembersih vakum kami yang baharu telah terlepas.

“Ia biasanya mengesan penghadang pintu lalu berpusing, tetapi berlaku sebaliknya apabila terus melepasinya. Saya perasan perkara itu hanya setelah 15 minit kemudian,’’ tulis Simon. 

 

Mesin itu tidak dapat dtemui walaupun kakitangannya telah mencari dikawasan sekitar hotel.

 

Pihak hotel juga telah menawarkan minuman percuma kepada sesiapa yang berjaya menemuinya.

 

Bagaimanapun, seorang kakitangan hotel telah menemui mesin berkenaan pada Jumaat minggu lalu dalam sebuah kawasan semak.

 

Sumber: [1]