Bernilai Tinggi, Sanggup Ke Anda Guna Kerusi Pejabat Bertatahkan Batu Permata Ini?

Ramai antara kita yang bekerja di pejabat atau di rumah yang amat mementingkan keselesaan ruang bekerja, termasuklah kerusi yang empuk dan ergonomik.

 

Namun pernahkah anda membayangkan untuk duduk diatas kerusi yang mempunyai bucu tajam, keras dan berkilau, yang mempunyai nilai kira-kira RM15 ribu setiap satu kerusi?

bernilai tinggi, sanggup ke anda guna kerusi pejabat bertatahkan batu permata ini?

Kerusi yang bertatahkan batu permata ini telah direka oleh sebuah syarikat Jepun, Factory-M, yang mempunyai kepakaran dalam memproses batu-batuan semulajadi.

bernilai tinggi, sanggup ke anda guna kerusi pejabat bertatahkan batu permata ini?

Syarikat itu mencuri perhatian ramai menerusi satu hantaran di media sosial yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membeli kerusi berkenaan.

 

Menurut pengasas syarikat tersebut, idea untuk menghasilkan kerusi berkenaan timbul selepas mereka melawat ke Amerika Syarikat, melihat kepada beberapa batu semula jadi dan kemudiannya menukarkan ia kepada kerusi pejabat yang boleh diduduki sesiapa sahaja di atasnya.

bernilai tinggi, sanggup ke anda guna kerusi pejabat bertatahkan batu permata ini?

Bahagian bawah kerusi dilengkapi roda dan kerangka besi bagi menampung beban batu pada bahagian atas. Berat setiap satu kerusi dianggarkan mencecah 99 kilogram.

bernilai tinggi, sanggup ke anda guna kerusi pejabat bertatahkan batu permata ini?

Menariknya, kerusi yang dijual pada harga 450,000 yen sehingga kini sudah ada satu dozen tempahan yang mahu membeli kerusi pejabat ini, meskipun ia nampak pasti tidak selesa untuk diduduki sesiapa.

 

Sumber: Oddity Central