Lelaki Terkejut Terima Saman Speedtrap Tunjuk Anjingnya Pandu Kereta

Seorang pemandu terkejut apabila menerima kertas saman halaju yang jelas memaparkan anjing peliharaannya kelihatan sedang memandu kereta.

lelaki terkejut terima saman speedtrap tunjuk anjingnya pandu kereta

Kejadian berlaku di Jerman selepas lelaki itu menerima kertas saman yang jelas memaparkan wajah anjingnya, dengan denda sebanyak 50 euro (kira-kira RM230) atas kesalahan memandu melebihi had laju.

.

Bagaimanapun bukanlah anjingnya itu yang memandu kenderaan terbabit, sebaliknya ketika kejadian, anjingnya itu melompat ke atas riba lelaki itu semasa tepat mereka melepasi kamera speedtrap.

lelaki terkejut terima saman speedtrap tunjuk anjingnya pandu kereta

Foto yang tular di laman sosial itu dikongsikan oleh anak saudara pemandu berkenaan, Don Kylian menerusi laman Twitter sambil menjelaskan kepada The Dodo: "Reaksi pertama saya ialah: 'Ini tidak mungkin jadi realiti..Saya rasa bapa saudara saya juga terkejut."

.

Kylian menambah: “Biasanya, anjing itu memakai tali pinggang kereta khas untuk keselamatan. Pada hari itu, bapa saudara saya terlupa memakainya, dan anjing itu datang untuk memeluknya [semasa dia memandu].

"Bahagian yang lucu ialah, dia berada di pangkuannya selama tiga saat sahaja."

.

Bertindak balas terhadap tweet itu, seorang pengguna menulis: "Bagaimanakah anjing itu hendak membayar saman 50 euro?!"

.

Sumber: [1]