Kerja Dah Kemas, Tapi Salah Eja! Pekerja Ini Jadi Bahan Ketawa [Video]

Kerja mengecat jalan bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ia memerlukan ketelitian dan fokus serta perancangan rapi sebelum melakukan kerja tersebut.

 

Namun disebabkan ‘terlampau’ fokus untuk memberikan hasil yang kemas dan terbaik, pekerja ini telah menjadi bahan ketawa ramai dek kerana tersalah eja perkataan ‘STOP’.

kerja dah kemas, tapi salah eja! pekerja ini jadi bahan ketawa [video]

Kejadian yang dipercayai berlaku di Afrika menunjukkan hasil kerja akhir yang dilakukan pekerja buruh mengecat jalan pada satu simpang jalanraya.

kerja dah kemas, tapi salah eja! pekerja ini jadi bahan ketawa [video]

Sekali pandang, hasil kerja yang dilakukan oleh pekerja ini cukup kemas dan wajar mendapat pujian. Namun disebabkan tersalah eja perkataan berhenti dalam bahasa Inggeris iaitu ‘STOP’ menjadi ‘SOTP’, mereka telah menjadi bahan ketawa ramai termasuklah si perakam dan warganet.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by king Tau (@jimmytau_2)

 

Video yang mulai tular di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet. Ada yang beranggapan kesalahan ejaan ini boleh menjadi tarikan pelancong, dan ada yang berkata ejaan ‘SOTP’ adalah akronim kepada ‘Stop On This Place’.

 

Sumber: Instagram