Kereta Terbang Pertama Dunia Dibuka Untuk Tempahan Dengan Harga Bermula RM1.3 Juta

Sebuah kereta terbang elektrik ciptaan syarikat teknologi di California, Alef Aeronautics (AA) kini telah menerima pensijilan kelayakan udara khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

kereta terbang pertama dunia dibuka untuk tempahan dengan harga bermula rm1.3 juta

Ia sekaligus membolehkan kereta terbang dua tempat duduk itu boleh menjalani ujian di darat dan juga udara.

 

Menurut sumber, kereta dengan nama Model A didatangkan dengan kuasa elektrik atau hidrogen, mampu mencapai kelajuan 321kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 117 km/j di udara dengan caj penuh.

kereta terbang pertama dunia dibuka untuk tempahan dengan harga bermula rm1.3 juta

Model A juga mempunyai rekaan kabin berputar yang membenarkan ia bergerak ke mana-mana arah sambil memastikan pemandu serta penumpang stabil sepanjang perjalanan.

 

Tempahan untuk Model A juga telah dibuka dengan harga bermula AS$300,000 (RM1.3 juta), sejak pertama kali ia diperkenalkan pada Oktober 2022.

Pembeli dijangka akan menerima kereta terbang mereka selepas Model A dikeluarkan pada suku keempat 2025.

 

Sumber: Sinar Harian