Lapan Kanak-Kanak Kena Saman Sebab Makan Pisang di Rumah Kawan

Siapa sangka aktiviti seperti memakan pisang boleh menyebabkan kita dikenakan saman mencecah RM380?

lapan kanak-kanak kena saman sebab makan pisang di rumah kawan

Itu yang terjadi kepada lapan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun yang masing-masing dikenakan denda 3,000 baht (RM380) kerana mencuri dan memakan oisang di rumah seorang rakan mereka dekat Buriram, Thailand.

 

Kejadian berlaku selepas seorang wanita memfailkan aduan kepada polis bahawa kanak-kanak itu menceroboh rumahnya, memusnahkan harta benda dan mencuri sesikat pisang dari dapur.

 

Wanita yang juga ibu kepada rakan kanak-kanak itu menuntut setiap keluarga membayar 3,000-baht (kira-kira RM380) sebagai pampasan yang keseluruhannya berjumlah 24,000 baht (RM3,046).

 

Insiden itu telah membuatkan keluarga kepada kanak-kanak itu melaporkan kepada media dengan harapan mendapat belas kasihan kepada anak-anak mereka.

 

Meskipun bayaran tuntutan ganti rugi itu telah dikurangkan kepada 2,000 baht (RM253) setiap seorang, ada keluarga yang merasakan ia masih tidak masuk akal dan tidak mengendahkan denda tersebut.

 

Menurut salah seorang kanak-kanak itu, mereka bersama rakannya memasuki dapur rumah wanita berkenaan dan makan sesikat pisang. Katanya, mereka masuk ke dapur dengan baik dan tidak mencuri atau merosakkan harta benda lain. Malah, kanak-kanak itu juga pernah beberapa kali masuk ke dapur bersama rakannya sebelum ini, namun tidak menyangka perbuatan mereka kali ini mengundang amarah wanita itu.

 

Sumber: Kosmo!