Akibat Garu Kepala Masa Memandu, Lelaki Kena Denda Hampir RM2,000

Seorang lelaki telah dikenakan denda €380 (kira-kira RM1,957) akibat menggaru kepalanya ketika sedang memandu.

 

Kejadian berlaku di Belanda selepas pemandu, Tim Hansen, dirakam kamera berteknologi kepintaran buatan (AI) seperti sedang menggunakan telefon pintar semasa pemanduan.

akibat garu kepala masa memandu, lelaki kena denda rm2,000

Atas kesalahan itu, Hansen telah dikenakan denda pada November 2023, membuatkan beliau meminta untuk semak semula gambar bukti di Agensi Pengumpulan Kehakiman Pusat.

 

Sekali pandang, Hansen kelihatan seperti sedang bercakap menggunakan telefon, namun selepas diteliti, beliau tidak pula memegang sebarang objek di tangan sebaliknya hanya sedang menggaru kepala.

 

Hansen kemudian membantah saman tersebut atas kesilapan AI yang tersalah anggap kedudukan tangannya seperti seakan sedang memegang telefon.

 

Meskipun keputusan seperti memihak kepadanya, Hansen masih perlu menunggu hingga 26 minggu untuk keputusan rasmi kes saman ini.

 

Sumber: Kosmo!