Lelaki Didenda Kerana Buang Air Kecil Dalam Beg Tangan Teman Wanita

Seorang lelaki berusia 31 tahun di Korea Selatan telah dijatuhkan hukuman denda kerana didapati bersalah membuang air kecil dalam beg tangan bekas teman wanitanya.

lelaki didenda kerana buang air kecil dalam beg tangan teman wanita

Kejadian aneh ini berlaku pada Oktober tahun lalu selepas lelaki yang tidak didedahkan identiti bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan teman wanitanya ketika itu.

 

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam rumah teman wanitanya dekat Gangnam-gu, dipercayai akibat masalah kewangan dan sikap suka berbelanja wanita berkenaan.

 

Disebabkan berang dan terlampau marah, lelaki itu membawa beg tangan berjenama Louis Vuitton milik wanita terbabit dan ke tandas lalu membuang air kecil ke dalamnya.

 

Tindakan lelaki itu telah membuatkan wanita terbabit membuat laporan polis namun dinafikan lelaki berkenaan. Katanya beliau tidak melakukan perbuatan seperti itu.

 

Kes ini berlarutan sehingga ke Jabatan Forensik bagi membuat analisa dan pengesahan tuduhan yang dibuat wanita terbabit.

 

Hasil kajian menunjukkan DNA pada beg tangan itu sepadan dengan lelaki berkenaan dan mengesahkan terdapat kesan air kencing padanya.

 

Dengan bukti yang mencukupi, lelaki itu tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mengaku akan perbuatan terkutuknya itu dan menerima hukuman denda dengan perlu membayar sejumlah 1.5 juta won (kira-kira RM5 ribu) untuk ganti rugi kerosakan beg tangan berjenama berkenaan.

 

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan bagaimana tindakan membuang air dalam beg tangan pasangan dapat meredakan perbalahan antara pasangan kekasih.

 

Sumber: Oddity Central