Akibat memotong pagar pokok jirannya, seorang lelaki telah dikenakan hukuman denda dilarang bercakap dengan jirannya selama empat tahun dan perlu menjalani khidmat komuniti 80 jam.
Alexander Edwards bertindak memotong pagar pokok jirannya itu di kawasan kejiranan dekat Pengarth, Conwy, United Kingdom kerana katanya mahu melihat pemandangan pergunungan Welsh dari tingkap bilik tidur rumahnya.
.
Selain dikenakan hukuman denda dilarang bercakap dengan jiran, beliau juga telah dikenakan denda £180 (RM990.41) oleh mahkamah daerah atas kesalahan itu.
.
Menurutnya, dia mahu menikmati pemandangan pergunungan Welsh yang lebih baik daripada bilik tidurnya, menyebabkan dia mencantas pagar pokok milik jirannya yang dikenali sebagai Ian Cox pada 5 Julai 2021.
Selain itu, lelaki itu juga didakwa melakukan beberapa gangguan lain ke atas Cox seperti memancing anjing Cos untuk menyalak pada tengah malam, menunjukkan jari tengah, dan meludah pada cermin tingkap van milik Cox.
.
Cox telah menyenaraikan semua perbuatan tidak bermoral Edwards kepada mahkamah untuk dibicarakan.
.
Tambah lagi, ibu Edwards juga pernah memulakan pergaduhan berterusan dengan Cox kira-kira lapan tahun lalu dan dia terbabit sama dengan pertikaian itu apabila berpindah masuk ke rumah ibunya.
.
Bagaimanapun, peguam Edwards membela dengan membuat kenyataan bahawa pokok pagar milik Cox itu telah membesar tanpa kawalan, hingga menghalang pandangan anak guamnya.
.
Hakim Gwyn Jones memberitahu, "walau apapun hak dan perkara salah dalam perkara ini, anda (Edwards) melakukan beberapa siri tindakan kecil yang menyebabkan gangguan kepada jiran anda. Ia adalah tingkah laku anti sosial,"
"Saya berpuas hati yang kesalahan dilakukan cukup serius untuk mewajarkan tertuduh menjalani hukuman perintah masyarakat."
.
Sumber: [1]