Restoran Kenakan Caj Tambahan Jika Ibu Bapa Gagal Jaga Anak Nakal Dalam Kedai

Sebuah restoran telah menjadi tular gara-gara memperkenalkan caj tambahan kepada ibu dan bapa yang gagal mengawal anak masing-masing semasa makan di premis berkenaan.

restoran kenakan caj tambahan jika ibu bapa gagal jaga anak nakal dalam kedai

Restoran Toccoa Riverside di Amerika Syarikat (AS) ini berkata mereka sudah bertahun-tahun mengenakan ‘surcaj dewasa’ kepada pelanggan yang tidak dapat menjaga anak dengan baik.

Misalnya, kejadian seorang pengunjung yang dikenakan denda oleh pemilik kedai itu apabila anaknya terlalu bising dan berlari di luar restoran.

 

Meskipun dilihat sebagai satu langkah yang baik, ramai pengunjung berasa bengang degan polisi sedemikian.

 

“Jika kamu mempunyai anak, elakkan daripada pergi ke tempat ini.

“Pemilik restoran paling biadap kerana buat kecoh di hadapan pelanggan restoran kerana anak kami berlari riang, dia berkelakuan baik sepanjang masa.

“Boikot kedai ini dan pergi ke tempat lain yang lebih mesra pelanggan,” demikian antara komen yang dibuat pelanggan restoran terbabit.

restoran kenakan caj tambahan jika ibu bapa gagal jaga anak nakal dalam kedai

restoran kenakan caj tambahan jika ibu bapa gagal jaga anak nakal dalam kedai

Sumber: Sky News