Lelaki Ini Sanggup Keliling Dunia Jejak Lokasi Dalam Komik

Komik merupakan bahan bacaan yang dibaca ketika masa santai. Ada sesetengah komik yang direka jalan ceritanya dan ada juga yang dibuat berdasarkan kisah dan lokasi sebenar di alam nyata.

 

Seorang peminat komik berjudul TinTin dari Indonesia ini menjadi perhatian ramai gara-gara sanggup untuk merantau keliling dunia bagi melihat sendiri lokasi yang digunakan dalam komik berkenaan.

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

Nelwin Aldriansyah, seorang peminat tegar karakter komik TinTin dilaporkan telah mengembara ke 31 lokasi di 18 buah negara seperti dipaparkan dalam komik klasik tersebut.

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

Beliau juga telah memuatnaik foto dan momen perjalanannya ketika tiba di lokasi-lokasi itu menerusi Facebook dengan menyunting bersebelahan babak-babak yang ada adalam komik berkenaan.

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

“Pada 2014, saya mula menyedari bahawa banyak lokasi yang dipaparkan dalam komik TinTin adalah lokasi sebenar yang wujud di dunia kita dan bukan rekaan semata-mata

“Bermula 2016, saya mula menjejaki setiap lokasi yang pernah dilawati  TinTin dan benar-benar wujud di dunia nyata,” jelas Nelwin.

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

lelaki ini sanggup keliling dunia jejak lokasi dalam komik

Bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19, beliau terpaksa menangguh sementara pengembaraan itu namun menyimpan hasrat untuk ke China, Perancis dan juga negara asal TinTin iaitu Belgium.

 

Sumber: [1]