Kembar Tiga Beradik Tak Mahu Terpisah, Lelaki Ini Kahwin Ketiga-Tiganya

Seorang lelaki dari Congo telah mengejutkan ramai pihak selepas mengahwini ketiga-tiga adik beradik kembar yang nekad untuk berkongsi pasangan yang sama kerana ingin hidup bersama-sama.

kembar tiga beradik tak mahu terpisah, lelaki ini kahwin ketiga-tiganya

Lelaki berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Luwizo telah mengahwini tiga beradik kembar iaitu Natasha, Natalie dan Nadege dalam satu majlis yang cukup meriah.

 

Pada mulanya, lelaki itu berkenalan dengan Natalie menerusi laman sosial dan nekad untuk mengahwininya. Namun selepas diketahui Natalie mempunyai dua lagi adik beradik kembar, beliau menjadi keliru untuk membezakan mana satu Natalie dan mana satu dua beradiknya yang lain.

kembar tiga beradik tak mahu terpisah, lelaki ini kahwin ketiga-tiganya

Lebih mengejutkan, dua beradik kembar Natalie turut menaruh perasaan yang sama terhadap lelaki tersebut. Dan akhirnya, mereka nekad untuk berkongsi pasangan yang sama, supaya mereka tidak terpisah antara satu sama lain.

 

“Pada mulanya, apabila kami memberitahu dia perlu berkahwin dengan kami semua, dia terkejut. Tetapi kerana dia juga sudah jatuh cinta dengan kami semua, tiada apa yang dapat menghalang rancangan kami kerana kami juga jatuh cinta dengannya.

"Walaupun orang menganggap mustahil untuk tiga wanita berkongsi satu suami, tetapi bagi kami, berkongsi segala-galanya adalah kehidupan kami sejak kecil," kata Natalie.

Sumber: [1]