Kebiasaannya kita melihat kebanyakan keluarga yang kurang bernasib baik akan menerima bantuan bekalan makanan seperti makanan ruji bagi seisi keluarga.
Namun, lain pula di Rusia yang mana puluhan keluarga yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik menerima beg makanan ringan sebagai bantuan makanan.
Mungkin ada yang menganggapnya sebagai jenaka, namun tidak! Kerana ia benar-benar berlaku.
Awal Mei lalu, media Rusia melaporkan bahawa dana makanan negara itu baru-baru ini menjalankan operasi mengagihkan kira-kira 1,100 beg makanan ringan kepada puluhan keluarga miskin dan kurang bernasib baik di 10 majlis perbandaran Tula, Rusia.
Perkara itu turut dikongsikan menerusi media sosial para penerima dengan lebih 700 mesej yang disiarkan menyatakan bahawa mereka berterima kasih dengan bantuan tersebut.
Sumber: [1]