Kelibat Pontianak Jelas Atas Kereta Nyaris Akibatkan Kemalangan [Video]

Kelibat lembaga seakan wanita berpakaian serba putih berambut panjang atas bumbung sebuah kereta nyaris menyebabkan kemalangan jalan raya pada waktu malam.

kelibat pontianak jelas atas kereta nyaris akibatkan kemalangan [video]

Kelibat menyerupai pontianak itu dilihat jelas dan menyeramkan menerusi video yang dimuatnaik akaun Tiktok @c.aphisama.

 

“Saya hampir terbabas setelah melihat ini (lembaga) pada pukul 11 malam. Saya fikir ia adalah hantu di atas bumbung.

“Ia hanya duduk di atas sana dengan rambut panjang dan berpakaian putih,” demikian menurut keterangan video itu.

 

@c.aphisama เจอแบบนี้ตอน 4 ทุ่ม ก็เกือบลงข้างทางเหมือนกันนะ 🥲 เข้าใจว่าเปิดซันรูฟ แต่น้องก็นั่งนิ่งเกิ๊นนน ละใส่ผมยาวชุดขาว #เจอผี ♬ เสียงต้นฉบับ - Frink shop - Chrisboom

 

Individu itu dikatakan merakam lembaga tersebut atas sebuah kereta yang berada dihadapannya dengan keadaan sekeliling gelap-gelita dan hanya diterangi oleh lampu jalan.

kelibat pontianak jelas atas kereta nyaris akibatkan kemalangan [video]

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. Ada yang mempersoalkan kesahihan video tersebut yang dikatakan hanya ‘prank’ semata-mata.

 

Dalam video berbeza, rakaman jarak dekat dilihat apabila kereta perakam memotong kereta dihadapannya, dan lembaga puntianak itu dapat dilihat dengan lebih jelas.

 

@c.aphisama ตอบกลับ @หลิง เอ๋อ ♬ เสียงต้นฉบับ - Aphirisa Sapsai - ก้อมแก้ม

 

Apa pendapat anda? Adakah ia pontianak sebenar atau sekadar lakonan?

 

Sumber: Tiktok