Makhluk halus adalah salah satu makhluk yang dicipta Tuhan dan tinggal bersama manusia di Bumi ini.
Antara makhluk halus yang dikenali dalam masyarakat kita adalah hantu bungkus atau hantu punjut atau lebih dikenali sebagai hantu pocong.
Ada segelintir masyarakat kita yang enggan menyebut perkataan pocong lalu menyebut ia sebagai hantu ‘gula-gula’, disebabkan bentuknya yang mirip bagaikan gula-gula dalam bungkusan plastik.
Terbaharu, satu video tular dipercayai terjadi disalah satu kawasan di Sungkai, Perak yang jelas menunjukkan kelibat makhluk putih itu sedang bergerak perlahan menuju ke dalam hutan.
“Part 1, kecoh satu kampung baru-baru ni pocong merata depa jumpa. Lokasi: salah satu felda di Sungkai,” demikian menurut penerangan video.
Dalam video berasingan, makhluk putih itu turut dilihat sedang bergerak perlahan menuju ke satu kawasan gelap, namun berjaya dirakam menerusi rakaman video.
Video itu mendapat perhatian ramai warganet dengan pelbagai reaksi berbeza. Ada yang mempercayai ia adalah pocong sebenar berdasarkan bunyi yang terakam, dan ada juga yang mempertikaikan mengapa makhluk itu tidak melompat untuk bergerak.
Sumber: Tiktok Rose_Alin