Kelibat ‘Hantu’ Terakam Dalam Dashcam Sedang Berdiri Tepi Jalan [Video]

Dashcam sebuah lori dikatakan telah merakam kelibat yang didakwa sebagai hantu sedang terapung ditepi sebuah lebuh raya.

kelibat ‘hantu’ terakam dalam dashcam sedang berdiri tepi jalan [video]

Kejadian berlaku di negeri Arizona, Amerika Syarikat selepas pemandu lori, William Church sedang melalui Lebuh Raya Beeline pada 11 Mac lalu. Beliau kemudian terlihat satu bentuk lembaga menyeramkan berjalan di tepi lebuh raya itu sekitar jam 2.30 pagi.

 

William ketika itu sedang berseorangan melalui lebuh raya tanpa tiang lampu, menyedari lembaga itu sedang berada di tepi laluan berkenaan.

 

“Anda boleh melihat garisan (lebuh raya) menembusi kaki lembaga itu,” kata Church.

Video dashcam daripada lori William kini tular di media sosial. Dapat dilihat dengan jelas lembaga itu seolah-olah muncul dari udara nipis namun menghilang dari lebuh raya tersebut.

 

Apa pendapat anda?

 

Sumber: Youtube