Kelibat Seakan ‘Cik Ponti’ Terakam Di Kompleks Imigresen JB Undang Rasa Seram

Buat anda yang sering menggunakan laluan keluar dan masuk di selatan pintu masuk negara, pasti anda tahu betapa sesaknya keadaan disini yang dipenuhi dengan kenderaan dan manusia.

kelibat seakan ‘cik ponti’ terakam di kompleks imigresen jb undang rasa seram

Namun dalam keadaan sibuk itu, rupanya ada entiti dari alam berbeza yang turut ada bersama-sama.

 

Menerusi foto yang tular, satu kelibat makhluk berbaju putih dengan rambut panjang mengurai seakan ‘pontianak’ telah terakam pada beberapa tempat dekat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

kelibat seakan ‘cik ponti’ terakam di kompleks imigresen jb undang rasa seram

Foto berkenaan menulis lokasi kejadian di Tuas Checkpoint di Singapura, sedangkan lokasi yang dimaksudkan adalah sebenarnya di Johor Bahru.

 

Dalam foto berbeza, seorang pengguna turut berkongsi foto dari sudut berbeza menunjukkan ‘kelibat’ makhluk itu sedang berdiri tegak pada tepi pintu masuk bahagian bawah.

kelibat seakan ‘cik ponti’ terakam di kompleks imigresen jb undang rasa seram

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bilakah foto itu diambil.

 

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan mengenai entiti tersebut dari mana-mana pihak.

 

Sumber: Mothership

Foto via Adi Smartbox MYiptv & Mohd Saiful