Lebih 5 Bulan Asyik Sakit Kepala Rupanya Ada Chopstik Dalam Tengkorak

Siapa sangka seorang lelaki yang mengadu sering sakit kepala sejak lima bulan lalu rupanya mempunyai serpihan kayu chopstik pada bahagian tengkorak hidungnya.

lebih 5 bulan asyik sakit kepala rupanya ada chopstik dalam tengkorak

Kejadian berlaku di Vietnam selepas lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dimasukkan ke Hospital Cuba Friendship dekat bandar Dong Hoi, selepas mengadu mengalami sakit kepala berterusan.

 

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mengalami masalah penglihatan kerana pandangannya mulai kabur serta cecair sering keluar daripada lubang hidungnya.

 

Lelaki itu kemudian menjalani pemeriksaan X-ray, sebelum doktor menemui dua bendasing pada saluran pernafasannya menuju ke bahagian permukaan otak.

lebih 5 bulan asyik sakit kepala rupanya ada chopstik dalam tengkorak

Doktor kemudian melakukan pembedahan keatas pesakit berusia 35 tahun itu, sebelum mengesahkan bendasing berkenaan adalah kayu chopstik.

 

Selepas diperiksa, lelaki itu menceritakan kira-kira lima bulan lalu, beliau pernah terbabit dalam pergaduhan hingga dimasukkan ke wad kecemasan. Namun ketika itu, doktor yang merawatnya hanya memberikan balutan luka pada bahagian luaran dan dia dihantar pulang.

 

Lelaki itu beranggapan ketika pergaduhan tersebut, ada individu yang memasukkan kayu chopstik ke dalam hidungnya hingga ia patah pada bahagian dalam.

lebih 5 bulan asyik sakit kepala rupanya ada chopstik dalam tengkorak

Mujur lelaki itu berjaya diselamatkan dan kini dibenarkan pulang ke rumah daripada hospital.

 

Sumber: Oddity Central