Kawasan Gurun Padang Pasir di Makkah dan Madinah Kini Menghijau

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini 'menghijau'.

kawasan gurun padang pasir di makkah dan madinah kini menghijau

Imej yang dirakam oleh satelit Terra menyaksikan beberapa kawasan itu kini ditumbuhi tumbuhan selepas bahagian berkenaan berdepan dengan fenomena kerpasan, iaitu hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air, sejak Disember 2022.

 

Kerpasan pada kadar berterusan berlaku untuk tempoh yang panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara Riyadh di Arab Saudi.

 

Keadaan itu menyebabkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa, menyebabkan kawasan gurun di Mekah dan Madinah mula menghijau.

 

Sumber: Sinar Harian