Kasut Berjenama Mewah Ini Boleh Ditempah Pada Harga RM2,738

Sekali pandang kasut ini mungkin tidak menarik perhatian dek kerana rupanya yang lusuh dan kelihatan buruk.

kasut berjenama mewah ini boleh ditempah pada harga rm2,738

Namun tahukah anda, kasut ini sebenarnya berjenama mewah dan boleh ditempah pada harga mencecah RM2,738 sepasang?

.

Jenama fesyen mewah, Balenciaga tampil dengan rekaan kasut koleksi Paris Sneaker dengan bertemakan lusuh, dan ia datang dalam dua gaya berbeza iaitu high cut dan mule.

kasut berjenama mewah ini boleh ditempah pada harga rm2,738

Mule adalah gaya kasut yang tidak mempunyai bahagian belakang pada tumit kaki.

.

Disediakan dengan warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai kesan lusuh yang boleh ditemui pada kebanyakkan kasut buruk yang sepatutnya dibuang. Logo Balenciaga juga ada pada hujung tapak kasut itu.

kasut berjenama mewah ini boleh ditempah pada harga rm2,738

Rekaan itu mendapat kritikan ramai, namun menurut Balenciaga, ia membawa mesej bahawa kasut itu layak dipakai seumur hidup walaupun ia telah bertukar lusuh.

.

Sumber: [1]