Kanak-Kanak Menangis Gara-Gara Enggan Digelar Mirip Bapa Sendiri

Seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak gara-gara enggan diperkatakan mirip wajah ayahnya sendiri.

kanak-kanak menangis gara-gara enggan digelar mirip bapa sendiri

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di China.

Dalam satu rakaman video tular, kanak-kanak berusia enam tahun asal Jiangsu itu kurang gemar dengan pujian yang diberikan rakan ibunya yang mengatakan wajah dia lebih mirip ayah berbanding ibunya.

“Beberapa rakan saya datang ke rumah dan memberitahu anak saya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti suami saya.

“Anak saya mula menangis dan mengamuk sambil berkata dia tidak mahu mirip bapanya tetapi mahu iras wajah saya,” ujar ibu kepada kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu memberi alasan ingin mirip dengan ibunya kerana wanita tersebut yang melahirkannya selain mempunyai satu lirik lagu kegemarannya yang berbunyi ‘ibu insan terbaik di dunia’.

“Dia juga  memberitahu dirinya tidak cantik jika wajah mirip bapanya.

“Namun, dia mempunyai hubungan sangat baik dengan suami saya,” tambah wanita itu.

 

Sumber: Kosmo