Mahukan Kelainan, Wanita Ini Namakan Anaknya Lebih 1,000 Huruf

Zaman sekarang ni kita dapat lihat ramai kanak-kanak yang mempunyai nama yang unik, dengan pelbagai sebutan dan ejaan yang membawa maksud berbeza.

mahukan kelainan, wanita ini namakan anaknya lebih 1,000 huruf
 
Samalah kisahnya dengan seorang ibu kepada kanak-kanak perempuan yang mahukan kelainan pada nama anaknya, hinggakan beliau meletakkan lebih 1,000 huruf pada nama beliau.

mahukan kelainan, wanita ini namakan anaknya lebih 1,000 huruf
 
Dikenali dengan nama panggilan “Jamie”, kanak-kanak perempuan ini mempunyai nama penuh berikut:

“Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnae renquellenendrasamecashaunettethalem eicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesh eaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesa undrilynnezekeriakenvaunetradevonneya vondalatarneskcaevontaepreonkeinesce ellaviavelzadawnefriendsettajessicanneles ciajoyvaelloydietteyvettesparklenescea undrieaquenttaekatilyaevea’shauwneorali aevaekizzieshiyjuanewandaleccianneren eitheliapreciousnesceverroneccalovelia tyronevekacarrionnehenriettaescecleon patrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloies alynnecsiannemerciadellesciaustillaparis salondonveshadenequamonecaalexetiozetia quaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaun nehawaineakowethauandavernellchishankcarl inaaddoneillesciachristondrafawndrealaot relleoctavionnemiariasarahtashabnequcka gailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoent escacraigneckadellanierstellavonnemyiat angoneshiadianacorvettinagodtawndrashirl enescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquin ettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohny aetheodoradilcyana Koyaanisqatsiuthawyhaiashieakhauwnne Williams”.
 

Menurut ibunya, CoSandra William, beliau menghabiskan masa selama enam tahun untuk merancang nama Jamie.
 
Jamie yang juga mempunyai 100 nama depan yang pendek, merangkumi pelbagai perkataan seperti file, jenama kereta, nama negara dan juga bandar. Sejak dari itu, Jamie mula dikenali sedunia.


 
Meskipun menjadi perhatian ramai dengan nama yang cukup panjang dan unik, Jamie mengakui sukar untuk menulis semula sebahagian besar namanya, tetapi masih tetap menyukai nama berkenaan.
 
Sumber: Rolling Out