Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Indonesia menjadi tular selepas dikatakan sering mengunyah selipar getah dan potongan kertas.
Menerusi video yang dirakam di sebuah rumah dekat Jaya Sakti, Bekasi, Jawa Barat, kanak-kanak itu dilihat mengunyah objek tersebut bagaikan sedang memakan nasi.
.
Menurut ibu kanak-kanak yang dikenali sebagai Pipit itu, beliau mengesahkan anaknya itu mempunyai tabiat aneh suka makan selipar sejak dari usianya satu tahun.
.
“Memang benar anak saya suka makan selipar, dia makan seperti makan nasi.
“Dalam masa sebulan, Pipit boleh makan lima pasang selipar, malah kami juga akan membeli selipar lebihan buatnya,” kata wanita itu.
.
Ibunya berkata lagi, anaknya hanya makan selipar yang bersih atau yang masih belum dipakai.
.
“Jika kami tidak turuti permintaan iaitu untuk makan selipar, Pipit akan mengamuk dan menangis,” ujarnya.
.
Menyedari akan kesan buruk daripada tabiat itu, ibu kanak-kanak ini memaklumkan anaknya tidak mempunyai masalah penghadaman atau berkaitan kesihatan biarpun makan bahan yang tidak boleh dicerna.
.
“Setakat ini, Pipit tidak mengalami masalah kesihatan. Pada mulanya kami bimbang juga dengan tabiatnya, namun Pipit tidak berdepan masalah kesihatan.
“Malah, semua selipar yang dimakannya dikeluarkan semula menerusi najisnya,” jelas ibunya.
.
Kecenderungan untuk seseorang itu makan sesuatu yang bukan dianggap makanan dikenali sebagai Pica. Ia terjadi kepada ramai orang diserata dunia. Satu kajian pada tahun 2000 yang diterbitkan dalam Journal of Applied Behavior Analysis mencadangkan bahawa suplemen multivitamin mudah mungkin merawat masalah ini.
.
Sumber: [1], [2]