Kanak-Kanak Autism Ini Miliki IQ Lebih Tinggi Dari Albert Einstein

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dari Mexico dilaporkan mempunyai tahap kecerdasan otak atau IQ melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking.

kanak-kanak autism ini miliki iq lebih tinggi dari albert einstein

Adhara Perez, 8 tahun, mempunyai skor IQ sebanyak 162, berbanding Einstein dan Hawking yang dianggarkan sekitar 160.

kanak-kanak autism ini miliki iq lebih tinggi dari albert einstein

Adhara dilaporkan menghidap sindrom Asperger yang merupakan salah satu daripada gangguan spektrum autisme yang mana menyukarkan beliau untuk berkomunikasi secara lisan atau berhubung sosial sesama rakan-rakan.

 

Disebabkan itu jugalah, beliau mengalami kemurungan teruk dan enggan hadir ke sekolah.

 

“Apabila Perez bermain dengan rakan sebaya, mereka sering membulinya dengan mengurungnya di dalam sebuah kandang kecil dan memanggilnya dengan nama-nama seperti ‘Budak Pelik’ atau ‘Budak Gila’.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti menghantarnya ke sekolah kerana tidak mahu dia menderita,” kata ibu Perez, Nallely Sanchez.

kanak-kanak autism ini miliki iq lebih tinggi dari albert einstein

Ibunya kemudian membawa anaknya itu ke sebuah pusat terapi dan disitu tahap IQ kanak-kanak itu telah dikenalpasti berada pada tahap yang luar biasa.

 

Pada usianya 8 tahun ini beliau telah berjaya menamatkan persekolahan rendah dan tinggi dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam dua kursus berbeza secara online sambil menulis buku berjudul ‘Don’t Give Up.’

kanak-kanak autism ini miliki iq lebih tinggi dari albert einstein

Dalam masa sama, kanak-kanak pintar ini sedang mencipta seutas gelang bagi memantau emosi kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan sepertinya serta mengawal serangan sawan dan panik.

 

Sumber: [1]