Kain Kafan Mewah Ditenun Kini Terjual Pada Golongan Bangsawan

Kain kafan adalah kain putih yang digunakan untuk membalut mayat sebelum ia dikebumikan.

kain kafan mewah ditenun kini terjual pada golongan bangsawan

Namun siapa sangka kini kain kafan datang dalam jenis khas buat golongan bangsawan dan dijual pada harga yang sangat luar biasa.

 

Disebut sebagai kain kafan bangsawan, seorang peniaga di Indonesia mencuri perhatian ramai berikutan sambutan luar biasa khasnya golongan bangsawan dan ahli Parlimen negara itu yang sanggup menempah kain kafan tenun.

kain kafan mewah ditenun kini terjual pada golongan bangsawan

Berdasarkan laporan, kain kafan tenun itu dijual pada harga 750,000 rupiah (RM219) semeter. Ia juga disebut sebagai tope di daerah Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan.

 

Selain dijadikan kain kafan, tope juga digunakan untuk menghasilkan pakaian seperti jubah, tudung, beg dan kipas. Harganya menjadi mahal kerana ia diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang, memakan masa sebulan dua untuk dijadikan pakaian.

 

Menurut Suryani, kain kafan mewah itu biasa digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan, menyebabkan kebanyakkan orang beralih kepada kain putih kerana perbezaan harganya yang sangat ketara.

 

Sumber: Astro AWANI