Kain Kafan Jadi Mas Kahwin Pasangan Ini, Simbolik Cinta Sampai Ajal

Biasanya pasangan pengantin akan meletakkan mas kahwin berupa wang tunai, barang kemas atau persalinan yang mempunyai nilainya tertentu.

 

Namun berbeza dengan pasangan pengantin dari Lombok, Indonesia ini kerana mereka menggunakan kain kafan sebagai mas kahwin pernikahan mereka.

kain kafan jadi mas kahwin pasangan ini, simbolik cinta sampai ajal

Menerusi video yang tular di Tiktok, kedengaran jurunikah menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan serta wang tunai berjumlah 2.58 juta rupiah (kira-kira RM753) ketika ijab dan kabul.

 

Pasangan berkenaan nyata mengejutkan warga maya kerana mas kahwin berupa kain kafan tidak pernah lagi didengari dalam mana-mana akad nikah sebelum ini.

 

@panggilaku_panda seperangkat kain kafan,mengingatkan kita pada kematian😑 #lombokviral #fyp #kawinviral #maharkainkafan ♬ suara asli - it's Me

 

Pemilik video tersebut, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin dalam video itu adalah ibu saudaranya sendiri.

 

Ujarnya, pengantin perempuan sudah ditawarkan mas kahwin lain oleh suaminya, namun dia menolak dan mahukan kain kafan sebagai maharnya.

kain kafan jadi mas kahwin pasangan ini, simbolik cinta sampai ajal

Jelasnya lagi, kain kafan boleh mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan cinta pasangan itu hingga sampai ajal memisahkan.

 

Pasangan berkenaan selamat melangsungkan pernikahan pada 18 Januari lalu di Kampung Kulakagik, Lombok Tengah di Indonesia.

 

Sumber: Walipop / Tiktok