Sekeping Kad Pokemon Charizard No. 4 Ini Bernilai RM1.4 Juta!

Siapa sangka kad permainan Pokemon yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, kini menjadi antara koleksi yang sangat bernilai hingga ada yang mencecah jutaan ringgit?

 

Salah satu daripadanya adalah kad dagangan set asas edisi pertama Charizard No. 4 yang sangat dicari dalam kalangan pengumpul kerana ia merupakan kad Pokemon pertama dalam bahasa Inggeris.

sekeping kad pokemon charizard no. 4 ini bernilai rm1.4 juta!

Menurut firma lelongan Heritage Auctions, sekeping kad tersebut dilelong pada harga AS$336,000 (RM1.4 juta) dalam satu acara lelongan sekali gus  lebih tinggi daripada harga anggaran AS$200,000 (RM836,873).

 

Ia menjadikan kad Pokemon paling mahal pernah dijual firma lelongan itu, berbanding rekod sebelum ini iaitu pada harga AS$300,000 (RM1.3 juta).

 

Februari lalu, sekeping kad promosi Pokemon, iaitu Pikachu Illustrator Holo dari tahun 1998 dilelong pada harga AS$900,000 (RM3.8 juta) dalam satu acara lelongan anjuran Goldin. Ia merupakan nilai termahal bagi sekeping kad Pokemon setakat ini.

 

Sumber: [1]