Selepas Jadi Jutawan Jual Selfie Di NFT, Lelaki Ini Mula ‘Dikejar’ Wanita

Baru-baru ini, seorang pemuda asal Indonesia telah menjadi tular selepas menjual swafotonya berasasan NFT di platform OpenSea.

selepas jadi jutawan jual selfie di nft, lelaki ini mula ‘dikejar’ wanita

Sejak itu, populariti yang diraih Ghozali mula melonjak naik, hingga kini beliau sudahpun bergelar jutawan dan dikenali di beberapa negara.

selepas jadi jutawan jual selfie di nft, lelaki ini mula ‘dikejar’ wanita

Malah, katanya beliau kini turut menjadi kegilaan wanita hinggakan turut ‘dikejar’ pelbagai jenis wanita.

 

Dalam satu temubual, Ghozali menceritakan bahawa kehidupannya kini sudah berbeza, lebih-lebih lagi apabila menjadi rebutan para wanita. Namun katanya, beliau tidak pernah membalas sebarang mesej dari wanita-wanita berkenaan kerana tidak tahu niat sebenar wanita yang mendekatinya itu.

Pada Januari lalu, Ghozali telah mentokenkan sebanyak 933 gambar menjadi NFT yang kemudian dijual pada harga 0.001 ETH, bersamaan RM13.91 setiap satu. Selepas tular, harga karya NFT beliau sudah mencecah sehingga 0.9 ETH (kira-kira RM12,461) untuk setiap satu, dan jumlah keseluruhan dagangan di OpenSea berjumlah 326 ETH (kira-kira RM4.3 juta)!

 

Sumber: [1]