Pilot Minta Penumpang Keluar Sebab Pesawat Terlalu Berat Nak Terbang

Sejumlah penumpang sebuah pesawat terpaksa dikeluarkan gara-gara ia terlalu berat untuk melakukan penerbangan.

pilot minta penumpang keluar sebab pesawat terlalu berat nak terbang

Kejadian berlaku pada 5 Julai lalu pada jam 9.45 malam di Lapangan Terbang Arrecife, Lanzarote di Sepanyol selepas juruterbang pesawat EasyJet cuba melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang John Lennon, Liverpool.

 

Keadaan cuaca ketika itu buruk hingga memaksa penerbangan ditangguhkan sehingga jam 11.30 malam.

 

Menurut juruterbang, cuaca malam itu menghalang pesawat untuk berlepas, tambah pula dengan keadaan padat penumpang.

 

Menerusi video yang dirakam penumpang, juruterbang berkata;

"Kerana anda terlalu ramai, ia agak berat buat pesawat terbang.

"Pesawat yang penuh, ditambah landasan pendek dan dengan cuaca yang tidak begitu baik di Lanzarote, bermakna pesawat terlalu berat untuk berlepas.

"Saya sudah berbincang dengan pegawai pertama dan kami berpengalaman dalam situasi begini dan pernah melakukannya sebelum ini.

"Dengan keselamatan adalah keutamaan kami, tidak mungkin dalam cuaca ini, kita dapat menerbangkan pesawat. Ada beberapa faktor, antaranya, terlalu panas, angin tidak begitu baik dan arah tidak bagus.

"Saya minta 20 orang sukarela untuk menaiki penerbangan berikutnya ke Liverpool. Jika ada yang sukarela, akan ada insentif... jumlah ditawar easyJet sehingga €500 (RM2,533.55) untuk setiap penumpang yang sanggup tidak terbang malam ini," umum juruterbang itu.

 

@skynews An EasyJet flight was delayed by two hours, with the pilot refusing to attempt to take off because he said that the plane was too heavy, along with other "environmental factors". Watch more: @Sky News #esayjet #pilot #flights ♬ original sound - Sky News

 

Jurucakap EasyJet kemudian mengesahkan seramai 19 penumpang secara sukarela meninggalkan pesawat berkenaan dan menaiki penerbangan berikutnya.

pilot minta penumpang keluar sebab pesawat terlalu berat nak terbang

"EasyJet mengesahkan bahawa 19 penumpang dalam penerbangan EZY3364 dari Lanzarote ke Liverpool menawarkan diri untuk menaiki penerbangan berikutnya akibat pesawat itu melebihi had berat bagi keadaan cuaca semasa.

"Ia langkah bagi operasi rutin dalam keadaan sedemikian dan sekatan berat dikenakan untuk semua syarikat penerbangan atas sebab keselamatan.

"Sekiranya penerbangan melebihi had berat, kami akan meminta penumpang untuk secara sukarela berpindah ke penerbangan berikutnya secara percuma, dan mereka diberikan pampasan selaras peraturan," kata jurucakap EasyJet dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Economic Times / HMetro