Ambil Gambar Dalam Hutan, Jurugambar Gelisah Foto ‘Terlebih’ Seorang [Video]

Seorang jurugambar berasa pelik dan gelisah apabila foto yang diambil melibatkan sekumpulan pelajar ‘terlebih’ seorang berbanding jumlah sepatutnya.

ambil gambar dalam hutan, jurugambar gelisah foto ‘terlebih’ seorang [video]

Menerusi perkongsian di Tiktok, jurugambar itu telah diupah untuk mendapatkan hasil terbaik bagi sekumpulan para pelajar berjumlah kira-kira 17 hingga 20 orang, dengan berlatar belakangkan sebuah hutan.

 

Tiada apa yang pelik dilalui sepanjang penggambaran itu, namun apabila diteliti semula, muncul satu wajah seram tidak dikenali pada belakang sebuah pokok.

ambil gambar dalam hutan, jurugambar gelisah foto ‘terlebih’ seorang [video]

Entiti itu dilihat menutup mata dengan wajah tersenyum lebar, sosok kulit pucat dan juga memegang sejambak bunga.

 

Jelas salah seorang daripada pelajar itu, dari awal lagi kelihatan seorang pelajar perempuan berbaju hitam berada pada posisi paling hujung, sendirian tanpa ada sesiapa disebelah kanannya. Malah, pelajar perempuan juga kesemuanya perlu mengenakan tudung ketika sesi penggambaran itu berlangsung.

ambil gambar dalam hutan, jurugambar gelisah foto ‘terlebih’ seorang [video]

 

@majapahit.39

1.kamera miring 2.ga semua keliatan 3.aya tumbuhan ngahalangan cik atuh tyl

♬ Backsound Lucu - Faid rafanda

 

Jadi, siapakah wanita yang muncul pada foto berkenaan?

 

Sumber: Tiktok @majapahit.39