Jepun Jumpa Objek Misteri Atas Pantai, Warganet Kata Kapal UFO

Satu objek misteri berbentuk sfera telah ditemui di perairan pantai negara Jepun menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

jepun jumpa objek misteri atas pantai, warganet kata kapal ufo

Objek misteri itu berukuran 1.5-meter diameter ditemui dekat pantai Enshu, menimbulkan spekulasi ramai kerana ia secara tiba-tiba berada dilokasi berkenaan.

 

Apa yang lebih menakutkan, hasil pemerhatian menggunakan X-ray mendapati bahagian dalam objek itu adalah berongga dan kosong. Terdapat bahagian cangkuk pada permukaannya yang menunjukkan ia mungkin objek yang digantung pada sesuatu.

jepun jumpa objek misteri atas pantai, warganet kata kapal ufo

Pihak berkuasa termasuk polis kini masih menyiasat objek misteri berkenaan dan masih belum menemui sebarang jawapan. Malah kawasan sekitar 200-meter daripada lokasi objek itu ditemui juga telah ditutup daripada orang awam.

jepun jumpa objek misteri atas pantai, warganet kata kapal ufo

Terdapat banyak teori yang timbul ekoran daripada penemuan sfera misteri ini, antaranya bahan letupan serta alat pengintip dan tak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan ia adalah kapal angkasa makhluk asing.

 

Sumber: The Guardian