Bela Robot Anjing Berjalan Kini Jadi Satu Trend Di China

Jika anda biasa menonton filem sains fiksyen yang memaparkan suasana futuristik dan robot, anda kini boleh merasainya jika anda melawat ke negara China.

 

Kini telah menjadi satu trend apabila orang muda di negara itu membawa robot anjing bersiar-siar di taman dan di tempat awam.

bela robot anjing berjalan kini jadi satu trend di china

Robot anjing yang banyak terjual di platform atas talian di China dilihat mampu menggantikan anjing sebenar kerana rata-rata pemilik robot anjing ini amat menyayanginya sama seperti yang sebenar.

bela robot anjing berjalan kini jadi satu trend di china

Ditanya kenapa mereka memilih robot anjing berbanding anjing sebenar, rata-rata pemilik menjawab ia kerana robot tidak memerlukan makanan dan penjagaan khusus seperti tempat tidur, masa bermain dan pemeriksaan kesihatan.

 

Menurut laporan media tempatan, kebanyakkan robot anjing yang dibawa bersiar-siar di bandar seperti Shanghai dan Beijing mempunyai perwatakan sama seperti anjing biasa seperti berguling, duduk, berlari, berjalan dan mengekori. Setiap robot anjing mempunyai berat sekitar lima kilogram dan kamera tersembunyi dipasang pada kepala robot bertujuan membantu mereka untuk bergerak serta mengecam wajah pemiliknya.

bela robot anjing berjalan kini jadi satu trend di china

Setiap anjing robot mempunyai bateri yang boleh dicas semula setiap 45 minit. Ia mempunyai harga sekitar RM9 ribu sehingga RM65 ribu setiap satu.

 

 

Sumber: Oddity Central