Cecah 51 Darjah Celsius, Ini Bandar Paling Panas Di Dunia!

Suhu di Malaysia adalah pada sekitar 27 hingga 30 darjah Celsius. Itupun kita sudah terasa bahangnya hingga terpaksa membuka kipas paling kelajuan maksima atau aircond pada tahap paling sejuk.

 

Bagaimana jika anda berada di kawasan dengan suhu hampir sekali ganda iaitu lebih 50 darjah Celsius?

cecah 51 darjah celsius, ini bandar paling panas di dunia!

Itulah cuaca yang direkodkan sebuah bandar di Pakistan hingga mendapat jolokan sebagai bandar paling panas di dunia.

 

Jacobabad yang terletak di wilayah Sindh mempunyai kira-kira 200,000 penduduk, merekodkan suhu panas yang melampau.

cecah 51 darjah celsius, ini bandar paling panas di dunia!

Rekod bacaan suhu di bandar itu baru-baru ini telah mencecah 51 darjah Celsius, semakin menghampiri rekod suhu terpanas di Bumi iaitu 56.7 darjah Celsius di Death Valley.

 

Lebih merumitkan apabila bekalan elektrik di bandar itu juga kerap terputus, malah telefon pintar juga menjadi terlalu panas dan mudah rosak.

 

Penduduk Jacobabad juga jarang melakukan aktiviti luar pada waktu siang kerana bimbang akan keadaan cuaca disitu. Malah, kesihatan penduduk di bandar itu juga sering terjejas ketika musim panas ekstrem.

cecah 51 darjah celsius, ini bandar paling panas di dunia!

Disebabkan itu, penduduk di Jacobabad akan bekerja pada waktu malam ketika cuaca lebih sejuk dan tidur pada siang hari semasa cuaca panas melampau. Malah ada juga penduduk yang akan berpindah buat sementara waktu ke bandar yang lebih sejuk.

 

Bacaan suhu 35 darjah Celsius adalah suhu yang cukup tinggi yang boleh diterima tubuh manusia sekaligus boleh menyebabkan keletihan haba dengan cepat. Apatah lagi jika ia mencecah sehingga 51 darjah Celsius seperti di Jacobabad ini.

 

Sumber: Utusan