Isteri Tekad Minta Cerai Sebab Suami Taksub Berlari Maraton

Seorang wanita di China nekad bercerai gara-gara ketaksuban suaminya yang gemar untuk berlari maraton.

isteri tekad minta cerai sebab suami taksub berlari maraton

Menurut laporan, bekas suaminya itu pernah membiarkan anak perempuan mereka berusia lima tahun terkurung dalam kereta selama berjam-jam lamanya semata-mata untuk menyertai maraton.

 

Wanita yang dikenali sebagai Zhao yang tinggal di wilayah Hunan di selatan China berkata, beliau marah dengan ketaksuban bekas suaminya itu yang gemar untuk berlari hingga akhirnya memusnahkan rumah tangga dan keluarga mereka.

 

Zhao berkata, larian sentiasa menjadi keutamaan bekas suaminya yang dikenali sebagai Peng.

isteri tekad minta cerai sebab suami taksub berlari maraton

Pada mulanya, Zhao memberi galakan kepada Peng untuk menjaga kesihatan, namun lama-kelamaan, ia menjadi satu-satunya perkara yang amat dipentingkannya.

 

Menurut Toutiao News, lelaki itu keluar membawa anak perempuan mereka untuk membeli sarapan, sebelum memberi telefon bimbit dan mengurungnya dalam kereta sebelum dia pergi berlari maraton.

 

Perkara itu kemudian diceritakan semuula anak perempuannya itu kepada Zhao, sebelum dia berang dan marah.

 

Peng mengaku meninggalkan anak perempuannya bersendirian dalam kereta supaya dia boleh pergi berlari maraton. Namun Peng mendakwa, dia hanya berlari dalam jarak dekat sebelum kembali kepada anaknya.

 

"Saya hanya berlari 1.5 km kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia sedang tidur," kata Peng.

 

Peng berkata, jika bekas isterinya itu tidak suka cara dia membesarkan anak perempuan mereka, dia boleh membawanya pergi bersamanya.

 

Sumber: Toutiao News