IQ Budak 11 Tahun Ini Lagi Tinggi Dari Albert Einstein & Stephen Hawking!

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah mengejutkan ramai pihak kerana memperoleh markah 162 dalam ujian kecerdasan (IQ).

iq budak 11 tahun ini lagi tinggi dari albert einstein & stephen hawking!

Markah itu sekaligus mengatasi individu genius terkemuka dunia iaitu Albert Einstein dan Stephen Hawking.

 

Menurut laporan, kanak-kanak lelaki yang bernama Yusuf Shah ini telah mencapai IQ maksimum untuk individu berusia bawah 18 tahun.

iq budak 11 tahun ini lagi tinggi dari albert einstein & stephen hawking!

Untuk rekod, Hawking dan Einstein masing-masing mempunyai markah IQ sebanyak 160, namun Yusuf Shah berjaya mengatasi markah kedua-dua mereka.

 

Ujar kanak-kanak pintar ini, beliau suka melakukan apa sahaja aktiviti yang meransang otak seperti teka-teki sudoku dan juga menyelesaikan kiub rubik yang sukar.

 

Yusuf juga bercita-cita untuk belajar Matematik di Universiti Cambridge atau Oxford, disamping adiknya yang kini berusia lapan tahun juga berhadap dapat mengambil ujian IQ apabila mencapai usia matang.

 

Menurut pengkelasan IQ, manusia biasa mempunyai tahap bacaan IQ sekitar 90 sehingga 109 dan dilabel sebagai genius jika bacaaan melebihi 130 dan ke atas.

 

Sumber: HMetro