Uniknya! Indonesia Guna Konsep Ganjil-Genap Atasi Masalah Trafik

Kesesakan lalu lintas bukanlah satu perkara asing buat kita dan lain-lain negara seluruh dunia.

uniknya! indonesia guna konsep ganjil-genap atasi masalah trafik

Lihat sahajalah keadaan jalanraya ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, boleh dikatakan hampir seluruh negara berdepan dengan kesesakan lalu lintas hingga menyebabkan bekalan minyak di Pantai Timur terjejas.

.

Negara jiran kita, Indonesia juga sering berdepan dengan masalah lalu lintas, khasnya ketika mudik lebaran baru-baru ini.

uniknya! indonesia guna konsep ganjil-genap atasi masalah trafik

Pemberian tol percuma jika trafik sesak adalah antara cara yang digunakan kerajaan Indonesia dalam mengawal masalah ini daripada berlaku.

.

Selain itu, mereka juga menggunakan pendekatan yang cukup unik iaitu sistem plat nombor ganjil dan genap.

.

Menurut laporan, kenderaan yang melalui tujuh pintu gerbang tol di Jalan Tol Jakarta-Cikampek hingga Tol Kalikangkung akan ditapis oleh polis trafik bertugas.

uniknya! indonesia guna konsep ganjil-genap atasi masalah trafik

Setiap kenderaan akan diperiksa nombor platnya sebelum dibenarkan melalui jalan sehala, bergantung kepada tarikh semasa.

.

Misalnya, jika hari itu jatuh pada tarikh nombor ganjil, maka kenderaan yang mempunyai nombor ganjil sahaja dibenarkan melaluinya. Begitu juga ijika tarikh itu jatuh pada nombor genap, hanya kenderaan nombor genap sahaja boleh lalu.

.

Durasi masa laluan alternatif yang dibuka selama empat hari itu bermula 28 April lalu untuk tempoh yang ditetapkan sahaja iaitu bermula 7 pagi hingga 12 malam, jam 5 petang hingga 12 malam dan 12 tengah hari hingga 7 pagi.

.

Nyata dengan pendekatan ini, kesesakan lalu lintas disana dapat dikurangkan.

.

Sumber: [1]