Seorang pendaki berkata beliau berjaya merakam kelibat dua makhluk yang didakwa sebagai makhluk asing, setinggi 3 meter, di puncak bukit dekay Pulau Ilha do Mel, Brazil.
Sara Dalete berkata, beliau berjaya merakam makhluk itu ketika berada bersama keluarganya di pulau berkenaan.
Rakaman video yang dibuat Sara juga telah menjadi tular di media sosial, dan menarik perhatian ramai warganet yang tampil dengan pelbagai spekulasi tersendiri.
Dalam video tersebut, kelihatan makhluk tidak dikenali itu mengerakkan bahagian lengannya dengan cepat, dan mempunyai tubuh badan berbentuk manusia yang sangat tinggi.
Meskipun ramai yang percaya ia adalah makhluk asing, ada juga yang berpendapat ia adalah imej pendaki yang berjalan dengan menggunakan dua tongkat pada sebelah kiri dan kanan tangan mereka.
Sumber: X