Sepasang suami isteri berusia 75 tahun dari Korea Selatan sanggup mengumpul timbunan barangan terpakai yang boleh dianggap sebagai sampah, sehingga ia menutupi sebahagian besar rumahnya.
Semua itu dilakukan demi anak mereka tercinta yang berusia lebih 30-an dengan berat lebih 100 kg dan tidak bekerja kerana enggan keluar dari rumah tersebut.
Ketika ditemubual oleh Seoul Broadcasting System, bapa yang juga seorang pesara merasa bimbang selepas kematian dirinya suatu hari nanti dan tiada siapa yang dapat menyara anaknya itu.
"Anak saya suka tinggal di rumah, dia tidak keluar mencari pekerjaan, dan itu membimbangkan saya. Saya hanya takut bahawa isteri saya dan saya akan mati tidak lama lagi, dan beliau akan ditinggalkan tanpa sokongan, jadi saya memutuskan untuk menyimpan lebih banyak barang di rumah, dan kemudian semakin banyak. Semakin banyak, semakin baik, ” kata Choi.
Maka disebabkan itu, beliau dan isterinya akan mengutip segala apa yang mereka rasakan berguna dan masih elok untuk digunakan lalu ditimbunkan dalam rumah. Mereka tiga beranak hanya menggunakan satu ruangan kecil dalam rumah tersebut untuk duduk dan berehat, selebihnya dipenuhi barang-barangan terpakai.
Ketika media datang bagi menemubual keluarga berkenaan, mereka dikatakan terpaksa memanjat timbunan sampah yang berada diluar rumah untuk masuk ke dalam dan melihat sendiri keadaan sekeliling.
Tambah menyedihkan, isterinya mempunyai masalah pernafasan, dan mereka terpaksa akur untuk mengemaskan segala barangan berkenaan bagi suasana persekitaran yang lebih bersih.
Seramai 226 sukarelawan digunakan bagi mengeluarkan lebih 150 tan sampah yang telah dikumpul mereka sejak satu dekad yang lalu.
Sumber: Daily Star