Wanita Ini Pernah Gugur 19 Kali Akhirnya Lahirkan Bayi Seberat 6.3 kg

Seorang wanita yang juga ibu dari Amerika Syarikat sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak 19 kali, kini selamat melahirkan seorang bayi seberat 6.3 kilogram.

wanita ini pernah gugur 19 kali akhirnya lahirkan bayi seberat 6.3 kg

Bayi yang amat dinantikan itu dilahirkan dua minggu lebih awal berbanding tarikh jangkaan, turut mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 60.3 sentimeter.

 

Diberi nama Finley, bayi itu amat besar hingga mengejutkan Cary Potanai, ibu bayi terbabit dan juga suaminya.

wanita ini pernah gugur 19 kali akhirnya lahirkan bayi seberat 6.3 kg

Menurut doktor, kelahiran bayi yang besar biasanya dikaitkan dengan ibu yang mengalami obesiti atau peningkatan berat badan berlebihan ketika hamil. Bayi yang besar juga mempunyai lebih risiko menghidap obesiti atau gangguan metabolisme.

 

Bagaimanapun bayi pasangan itu berada dalam keadaan sihat dan saiznya yang luar biasa itu mungkin berpunca daripada keturunan.

 

Meskipun baru berusia 2 minggu, Finley kini memakai pakaian bayi berusia 6 hingga 8 bulan, malah mempunyai selera menyusu dua kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan bayi lain seusia dengannya.

 

Sumber: [1]